[Young Living] Feeling under the weather?

Thursday, January 18, 2018
Assalamualaikum...
Musim sekarang ni rata-rata aku dok baca kat sosial media dan kawan-kawan dok update, banyak tempat yang sejuk kan. Tambah pula ada anak-anak kena bangun awal pi sekolah, nak mandi tu punya laa nak amik masa hehehe (anak-anak aku la tuu :p)

Ada juga mengadu kurang sihat la sebab perubahan cuaca dan cuaca yang sejuk sangat ni. Bagi kami sekeluarga, sejak amalkan Young Living ni, kalau ada yang tak sihat, aku ikhtiar dengan essential oils dulu sementara nak pergi klinik

So harini ada beberapa essential oils yang aku nak cerita sikit yang kerap kami pakai kalau tiba musim jangkitan penyakit ni

1. R.C.
RC ni singkatan nama untuk Respiratory Congestion. RC ialah campuran beberapa single oils yang diadun untuk menyokong fungsi yang berkenaan. Fungsi secara general ialah untuk pernafasan. Sesuai untuk selesema, sinus dan juga untuk batuk. Sesuai juga untuk anak-anak tapi kena dilute (cairkan) dulu sikit dengan carrier oil (olive oil, virgin coconut oil, grapeseed oil).
Aku suka sapu RC ni di dada, tetapi kalau anak yang lebih kecil, boleh sapu di tapak kaki atau tulang belakang (spine) kerana tempat-tempat ni antara yang paling selamat disapu untuk kanak-kanak.

Jika risau anak tak selesa dengan minyak ni, boleh diffuse saja, pun akan mendapat manfaat yang sama

Atau boleh jugak DIY nasal inhaler macam ni. Senang nak bawa ke mana-mana. Bila terasa hidung berhingus atau hidung tersumbat, boleh hidu je terus dari inhaler ni. Bau dia memang nyaman :)

2. Thieves
Thieves pula secara general untuk meningkatkan sistem pertahanan badan. Thieves ni ialah campuran beberapa jenis single oils, diadun khas oleh YL bagi kegunaan yang disebutkan ni. Sama juga macam RC, Thieves boleh disapu (dilute dulu jika anak kecil) di tapak kaki, di dada atau di tulang belakang (spine)

Atau boleh juga diffuse. Aku suka diffuse Thieves dan campur sedikit dengan beberapa titik Lemon. Thieves ni bau rempah ratus sebab ada Clove & Cinnamon Bark dalam tu. Bila diffuse, seisi keluarga boleh dapat manfaat essential oils ni. Musim-musim sejuk mcm ni, bila diffuse Thieves, terasa kurang la sikit kesejukan tu :)

Jika sakit tekak atau batuk, aku sapukan Thieves ni di bahagian tekak (luar leher depan). Tak berlarutan sangat la sakit tekak tu

3. Peppermint & Lemon
 

Kedua-dual essential oils ni sangat berguna membantu menurunkan suhu badan kalau demam. Sapu di leher, pelipat dan tulang belakang (spine), atau titikkan dalam air mandian. Selain tu, kalau sakit kepala atau lenguh-lenguh badan, Peppermint boleh juga disapu ke tempat yang sakit tu.

Lemon kadang-kadang aku gunakan kalau sakit tekak. Titikkkan Lemon ke dalam 1 sudu besar madu asli (kadang-kadang aku campurkan juga setitik Thieves) dan minum campuran madu tu pelan-pelan supaya selesa lalu kot tekak tu


Ok, so ada yang nak try essential oils yang disebutkan di atas? Atau nak tanya lebih lanjut, feel free to buzz me ya 




Sharifah Zarihan
Member ID #: 11902075
WhatsApp: http://yloilproject.wasap.my
 




No comments:

Powered by Blogger.