Saturday, September 19, 2009

Apa rasa berhari raya di dlm hospital?

alhamdulillah, Ramadhan nak melabuhkan tirai nya..esok umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri....sronok nya hari raya...pakai baju raya, kasut raya...budak2 dpt duit raya....

persiapan raya utk anak2 aku dah setelkan...baju raya aishah dan sofeya siap dah aku bli...baju raya aku pun bli dah sepasang ja....lain2 baju kurung aku korek hat lama....

anip plak, sian dia...tak dan bli baju raya...so dia pakai hat tahun lepas....

tapi.....

ari raya tahun ni yg kononnya nak sambut dgn Sofeya, nak mik gambar family, tak nampak meriah, bila aku dan Sofeya kena berhari raya di dlm wad!

kenapa? Sofeya masuk wad semula pada mlm 17/9....Ya Allah aku diduga lagi....mulanya dia batuk2 dan berkahak..nafas dia laju dprd biasa....dia penat...kami bwk dia p wad kecemasan HSB...mmg tau dah kata dia akan masuk wad....tp igtkan nak sedut kahak tu ja...
Sofeya dlm wad kanak2 HSB (Wad Melur 5D)
lepas x-ray, doktor kata paru2 dia ada jangkitan kuman....doktor siap dah pesan kami akan beraya kat lam wad sbb dia kena mkn antibiotik...

takpa laa, redha ja...nak berubat..mintak2 laa dia cpt kuar dr wad..sian Aishah, berjauhan dgn aku lagi.....sian jgk Sofeya, 1st raya tak dpt nak sambut dgn family yg lain....lepas satu, satu masalah yg dia kena hadapi...

esok ari raya...di kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kawan2...semoga korg doakan kesejahteraan anak aku ye...semoga dia cpt baik dah bleh kuar wad cpt2...sakit ati aku ni dok wad lama2 (ada kisah kenapa aku sakit ati, taknak la cita, cam memburukkan hospital plak :))

No comments:

Post a Comment