[Baking project] Cream Puff

Tuesday, December 29, 2009
ni resipi Ainnol yg bagi...semlm Aiwa mai umah aku, kebetulan aku cuti, so aku cuba buat laa resipi ni yg sekian lama dok tertunda nak buatnya...bleh gak jamu Aiwa...
jadi sedap, tp rupa dia tak lawa, aku tak reti nak pipe, maklum la aku buat piping guna kaedah lama iaitu pakai plastik jaa...agaknya kalo ada nozzle mesti cun kan...ah sama ja, kalo dah tangan keras tu keras jgk ;P


CREAM PUFF (Sumber : Chef Noraini Sidek)

ADUNAN PASTRI CHOUX
BAHAN-BAHAN:
250ml air
125gm tepung gandum
secubit garam
100gm mentega
1 ½ sudu kecil esen vanilla
3 biji telur
2 sudu kecil gula castor
CARA-CARA:
1. Ayak tepung. Ketepikan.
2. Masak air, mentega dan gula dan garam hingga mendidih. Titiskan esen vanilla.
3. Tutup api, masukkan tepung dan kacau cpt2 dengan senduk kayu sehingga adunan tidak melekat di periuk.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
4. Keluarkan adunan dari periuk panas dan masukkan ke dalam bekas lain. Biarkan sejuk kira-kira 15 minit.
5. Masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati dan rata. Adunan mesti kelihatan berkilat. Boleh juga menggunakan mixer eletrik.
6. Isikan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozzle pilihan samada open star atau bulat biasa pun ok.
7. Paipkan adunan ke dalam loyang yang telah digris nipis dan bakar pada suhu 200 darj cel selama 20min - 25min.
8. Sejukkan pastri choux di atas dawai penderai.

Pastri choux yang telah siap, kita belah di bahagian tengahnya tapi jgn sampai putus dan kita isikan filling. Terpulang kepada kita sama ada hendak isikan cream custard, whipping cream, coklat ataupun cream custard berperisa yang lain-lain.

CREAM CUSTARD
BAHAN-BAHAN:
1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung jagung
3 tbs gula castor
1 cup susu segar
1 biji telur gred A
1 tbs mentega

CARA-CARA:
1. Bancuh tepung gandum dan tepung jagung dengan beberapa sudu susu segar. Kacau sehingga tidak berbintil-bintil.
2. Masukkan telur dan kacau sebati. Masukkan lebihan susu segar dan kacau sebati.
3. Masak atas api kecil. Sentiasa kacau supaya tidak berbintil-bintil.
4. Bila dah masak dan likat, angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau sebati sehingga kelihatan berkilat.
5. Isikan dalam piping bag yang bernozzle star atau bulat biasa, paipkan ke dalam pastri choux yang telah dibelah tadi.

Tips dari Ainnol: Kalo takda nozzle, boleh pakai plastik yg org buh lauk kat kedai mkn tu (plastik putih), then tebuk lubang lebih krg 1cm kat salah satu penjuru)

KESALAHAN DAN SEBAB-SEBAB PASTRI CHOUX TIDAK MENJADI DENGAN ELOK:
1. Adunan terlalu cair kerana adunan tepung tidak disejukkan terlebih dahulu sebelum memasukkan telur.
2. Pastri tidak naik sebab ketuhar sejuk, iaitu tidak dipanaskan terlebih dahulu. Mungkin juga masa membakar terlalu pendek.
3. Pastri mengecut selepas dimasak. Kemungkinan pastri tidak cukup masak.


1 comment:

  1. Ermm... nampak sedap. Bila nak pos ke Taman seri embun?? uhuhu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.