Sunday, July 24, 2011

Mickey mouse crazee

Sofeya panggil Mickey Mouse = "mouh" hehe...so semlm saja testing silicone mould yg bli dah lama, cuma tak sempat nak testing...aku bli kat Bento Craft
yg merah tu silicone mould, bleh guna buat jelly atau cake..yg stainless steel tu pancake mould..yg ni dah try beberapa kali buat pancakes utk breakfast budak2 ni...

*abaikan la rupa yg separa hangit tu hehehe*
Resipi pancakes:
Bahan-bahan
1 cawan (130gm) tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1 biji telur dipukul ringan
1 cawan (240ml) susu (susu segar/susu sejat)
2 sudu besar mentega-dicairkan
Cara-cara:
Dalam bekas besar, campurkan sekali tepung gandum, baking powder dan gula.
Dalam bekas yang lain pukul telur, susu dan mentega dan telah dicairkan. 
Campuran campuran telur ke dalam campuran tepung perlahan-lahan dan kacau sebati. Pastikan jangan terlebih kacau supaya adunan tidak menjadi keras/liat.
Panaskan non-stick pan, apabila pan dah panas, perlahan sedikit api
Ceduk adunan pancake tadi ke atas pan, jarak-jarakkan adunan supaya adunan tak melekat satu sama lain
Terbalikkan pancake apabila gelembung-gelembung buih keluar dibahagian atas pancake dan bahagian bawah sudah masak dan berwarna perang

ptg tu pulak, igt nak buat cake tp mls lak...so nak try mould tu punya pasal, aku buat la agar-agar...agar-agar milo berlapis, resipi amik dari blog Cikmin macarons


nak mkn pun sayang hehe...mkn telinga dia dulu...sian :p

Resipi agar-agar milo berlapis:
Bahan (Lapisan Coklat):
8 gm agar-agar tali (strand) – basuh dan toskan
1 3/4 cawan air
1/3 cawan gula
3/4 cawan serbuk Milo
Cara-Cara:
Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
Tuangkan adunan ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nanti.
Bahan Lapisan Susu:
10 gm agar-agar tali - basuh dan toskan
1 3/4  cawan air
1/2 cawan gula
1 cawan susu sejat Ideal/Carnation
beberapa titis esen vanila
Cara-Cara:
Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
Masukkan gual an kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
Masukkan susu sejat dan esen vanila.
Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangkan sejuk2.

*Ini bukan blog masakan ye...sejak dpt "dapur" baru mmg seronok masak especially resipi baru2 dan membeli accessories dapur hehehe*

3 comments:

  1. yeay leh try..tp naaaaaaaaaaaantila..hjeehehh..

    ReplyDelete
  2. kan aku dah terklik plak website bento tuh.. saje jek suke menjebakkan aku beli barang2 comel nih kan.. hish.. :P

    ReplyDelete
  3. wah.... cumelnya..... btul2 kalau cumel2 mcm ni mmg sayang nak mkn...

    ReplyDelete