Weekend dan makan-makan…

Monday, March 01, 2010
Weekend ari yg sibuk utk memasak la konon nya hehehe….sbb nak cover kemalasan memasak time weekdays…nothing special pun..Cuma nak share 2 resipi memasak yg senang laa bg aku hehe…

1st ayam bakar….aku sekeluarga suka mkn benda2 yg bakar2 ni…tp kat umah kitorg segan nak berbakar2 takut nanti berasap n mengganggu jiran2 plak….sampai la weekend lepas, aku tgh surf, terjumpak satu pan (pan ke dia panggil, tah la) yg bleh membakar guna dapur gas….tetiba aku tingat, yg kitorg ada menda ni…dpt hadiah kawen dulu (lamaaaa terperuk kat stor tu, dah 3 tahunn hehe)

Dulu penah try, tp tak jadi, time tu tatau la pasai pa….so ari sabtu aritu, aku troubleshoot ha baru la tau apa sbb nya masa try dulu tak jd…so lepas ni bleh laa bakar membakar…aku suka! Utk permulaan, ari sabtu aritu aku cuba bakar ayam…ok laa menjadiii…best nyaa…mcm bakar atas arang jgk hasilnya hehehe…

Resipi ni aku agak2 sendiri ja…

Ayam bakar blackpepper

Bahan-bahan (utk 5 ketul ayam):
5 ketul ayam
Sedikit kunyit
Sedikit garam
3 sudu besar bawang merah+putih+halia yg di blend (bawang2 ni aku mmg blend siap2 n simpan, so bila nak pakai ceduk ja)
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap kipas udang
1 sudu kecil sos nampla (sos ikan)
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
2 batang serai (diketuk)
Cara-cara:

1.
Gaul ayam dengan garam dan kunyit.
2. Kemudian, gaul ayam tu dengan semua bahan-bahan yang lain kecuali serai. Perap dalam peti ais selama setengah jam (ikut suka nak perap berapa lama pun, lagi lama lagi best).
2.
Selepas tu, boleh lah bakar ayam yg diperap td. Air lebihan daripada bahan perap boleh digunakan untuk merenjis2 ayam semasa membakar dgn menggunakan serai yang di ketuk.
3.
Selepas dah masak dan ayam dah garing, angkat dan hidangkan


Resipi ni plak, sesuai hidangan ptg la kot…aku amik kat majalah Rasa tahun lepas, tak igt la bulan brapa…

Sardine Puff (Source: Majalah Rasa)

Bahan-bahan (untuk 6 biji puff):

3 keping roti prata
1 telur - pukul sedikit

U
ntuk inti
1 tin sardine - buang sos sedikit
1 bawang besar - hiris
halus
1 batang cili merah - potong kecil
2 sudu makan mayonese
Cara-cara:

1.
Biarkan kepingan roti parata tadi di suhu bilik hingga lembut sedikit agar mudah utk digulung atau lipat.
2.
Gaulkan semua bahan-bahan untuk inti.
3.
Potong dua roti parata supaya menjadi semi circle. Letakkan 1 ½ sudu inti sardine di tengah-tengah. Gulung supaya menjadi 3 segi, atau bentuk kon dan kelar2 sedikit di atas roti.
4.
Sapukan telur yg di pukul tadi di atas dan bakar dlm ketuhar 180 deg cel selama 30 minit (atau sehingga mendapat kekuningan yg di sukai).

p/s: aku aritu tak sapu telur pun atas puff tu, kalo sapu telur, lg nampak cantik, kekuningan gitu…aku sapu butter ja hehe….sbb telur dah abih.
selain guna sardine, aku penah gak guna sosej…lg senang, just potong2 sosej ikut la suka size mana nak…balut ja ngan roti parata…

roti parata yg aku suka pakai brand Kawan…aku bli kat tesco

Tidak lupa anak dara aku yg baru nak blajar solid ni hehe


2 comments:

  1. huhuhu nmpk syedap la....
    br tau de pan leh bkr2 gune dapo gas
    cian nyer haku....

    ReplyDelete
  2. mrs ecam,
    itu lah...saya ni dah berkurun menda ni ada dlm stor...br la tau function dia...tah apa2 laa...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.