Monday, April 5, 2010

Menu diet

tajuk cam gempak ja kan..padahal dak punn hehe..
eh sblum tu, aku baru abih 1st part of PTK....ada lg 3 part...exam bertulis utk generic, presentation dan assignment utk functional....bebanan2!

maka dah abih setel skit, boleh lah ber blogging sat, utk tenangkan fikiran la konon hehehe...ok aritu aku telah bli Chefel....teruja sbb diperkenalkan oleh Ainnol hehe...dpt2 gaji tu aku terus pi bli sblum gaji tu lesap entah ke mana...menu first yg aku masak pakai Chefel ni, aku amik drpd resipi ayam diet kat blog Juazlan...tp aku modify skit sbb tak cukup bahan hehe

Bahan-bahan:
Olive oil
Mixed herbs
Lemon & pepper seasoning
Garam

Cara-cara:
1. Gaul semua bahan2 di atas dgn ayam.
2. Perap selama sejam dlm peti ais.
3. Letakkan atas Chefel. Biar 10 mins dan flip.
4. Repeat sampai ayam dah garing n masak.
*Bahan2 tu aku takda sukatan..letak la agak ok hehe

ni rupa mixed herbs dan lemon n pepper...lemon n pepper ni boleh la nak guna utk yg takda lemon...

masa tgh masak...

ni la rupa dia...ermm not bad aa kan...mcm nando's kot rasa dia hehe...perasannn!

mlm tu gak, Anip request moi tumis...moi ni lebih krg masakan family Anip la...depa suka masak moi ni...aku pun mengambil initiatif utk blajar buat camna, sbb Anip suka mkn....senang je masak nya...

Bahan-bahan:
Beras
Ikan bilis
Lobak masin
Kangkung
Sup bunjut
Bawang putih
Sedikit minyak
Air
Garam

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih. Agak dah garing masukkan air. Air byk pun takpa
2. Masukkan sup bunjut. Biar mendidih.
3. Lepas mendidih, masukkan ikan bilis, lobak masin, batang kangkung. Biar sampai masak.
4. Masukkan garam. Agak dah cukup rasa semua, masukkan beras yg dicuci bersih.
5. Biar sampai nasi masak, jgn sampai kembang sgt. Masukkan daun kangkung. Lepas nasi masak, tutup api dan boleh dihidang.

*Again, tiada sukatan, main campak2 ja ;P

Makan dgn cili potong+cuka+kicap...bestt!
menu diet la kan...ok la tu, less oily..

3 comments: