Friday, March 25, 2011

[Baking project ] Puding roti

semenjak pindah umah, aku dok aim nak baking blk..dapur dah tersusun, so mood baik la skit..

tp tak sempat nak stock blk barang2 nak membakar...byk brg dah rosak cam penimbang, measuring cup..rosak kena banjir :)

tp sebab nak baking jgk, paling senang bagi aku ialah puding roti...sambil tunggu Anip mandi (tunggu turn nak masuk bilir air hehe) pun aku sempat siapkan...resipi aku simple jaa..

puding roti ni ada byk variation...aku nak try nanti style Rozy dan Ainnol...yg Ainnol punya takda lam blog dia sbb dia personally bg kat aku dan BFFs resipi tu step-by-step tutorial bergambar lagi hahahaha...
dan ada jugak aku simpan resipi puding roti bercaramel...cam menarik kan?
yg kerap sgt dok buat skrg ni sbb nya aku dok gilakan mkn puding roti kat Nash Donut n Bakery kat Jitra ni...mmg sejak sebelum dok sini pun, asal pi Jitra mesti mau singgah bli...mmg sedappp....so nak jimat cost, buat sendiri jaa...Anip pun suka, so ok laa..skali bakar tahan 2 ari ja hehehe

ni resipi aku...simple ja:

Resipi puding roti:
Bahan A:
1 buku roti Gardenia size kecil
Kismis

Bahan B:
1 tin susu cair
1 cawan gula halus
2 biji telur grade B
2 cawan air

Sos kastard:
1 tin susu cair
2 sudu besar gula halus
2 sudu besar tepung kastard

Cara2:
1) Koyakkan roti (1 keping roti, dikoyak 4) dan susun ke dlm loyang di selang selikan dgn taburan kismis
2) Campurkan sehingga sebati semua Bahan B.
3) Tuangkan campuran Bahan B ke atas roti yg disusun tadi.
4) Biarkan selama 30 minit supaya bahan basah meresap ke dalam roti dengan baik
5) Bakar pada suhu 180 degree C selama 1 jam

Sos castard:
1) Campurkan beberapa sudu susu cair ke dalam tepung kastard.
2) Kacau supaya tepung tidak bergumpal. Jika rasa kurang susu, tambahkan lagi beberapa sudu.
3) Lebihan susu tadi dimasukkan ke dlm periuk dan dimasak di atas api perlahan. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.
4) Apabila susu sudah panas (jgn sampai mendidih), tutup api dan ambil beberapa sudu lagi susu panas untuk dicampurkan ke dalam bancuhan tepung.
5) Kacau lagi untuk mengelakkan gumpalan.
6) Masukkan bancuhan tepung ke dalam susu panas tadi dan hidupkan api (perlahan) semula sambil kacau lagi untuk mengelakkan gumpalan.
7) Teruskan mengacau sehingga mendapat kepekatan yg diigini sebagai sos, dan tutup api.

*Cara buat sos kastard ini diadaptasi drpd Ainnol nye resipi....nampak ja renyah tp sekejap ja...yg penting nak elakkan gumpalan sbb kalo campurkan bancuhan terus ke dalam susu panas (yg di dalam periuk) akan berlaku gumpalan sbb perubahan suhu mendadak...so baik kita campurkan dgn susu panas sedikit demi sedikit

8 comments:

  1. Pergh!!! sedapp tu.. telan ayaq lioq dah aku nih!

    ReplyDelete
  2. byknya susu cair. 2 tin ek?

    ReplyDelete
  3. @rozy, cuba jgn tak cuba hehe..
    @yana, ya 2 tin..1 utk puding 1 lg utk sos...tp sos tu tak buat pun takpa, puding tu dah manis..kalo takmo manis2 krgkan gula...tp kami suka mkn manis heheh

    ReplyDelete
  4. oo blh try..tunggu mood nak masak mai balik..;)

    ReplyDelete
  5. salam kenal....bestnya nampak...

    Jom jadi kawan :)

    ReplyDelete
  6. Salam, thank you for joining our mini giveaway. All the best!

    ReplyDelete
  7. Assalam...
    nak cedok resepi ni ek..
    teringin nak makan buka puasa karang..
    tq

    ReplyDelete