Saturday, August 20, 2011

[Resipi] Triffle

Penat sgt arini, sbb pg tadi tak bangun sahur...uwaaaa!
tah knp tak dgr bunyi jam ka mcm mana tah...dahaga sgt sampai ptg ni..

Menu bukak puasa arini simple, nasik tomato, ayam masak merah....cukup kata Anip
so ada masa nak buat dessert....dah lama nak buat, tp bahan asek lupa bli....

Triffle, resipi amik kat buku 1 Hari 1 Resipi, 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza


with whipped cream on top

Triffle:
Bahan-bahan:
Swiss roll (perisa ikut citarasa)
1 kotak agar-agar segera perisa strawberi (aku bli kristal jelly cap Nona)
1 cawan air panas
1 tin buah-buahan koktel
2 sudu makan tepung kastard
1/2 cawan gula halus
3 cawan susu segar
Blueberry filling (ni aku tambah sendiri, boleh jgk pakai strawberry filling)

Cara-cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu segar.
2. Masakkan hingga mendidih dan menjadi pekat, kemudian ketepikan.
3. Potongkan kek gulung dan susun ke dalam bekas bagi membentuk 1 lapisan.
4. Kemudian ambil sedikit air daripada buah-buahan koktel dan tuangkan ke atas kek tadi.
5. Letakkan blueberry filling di atas lapisan kek.
6. Tuangkan kastard di atas lapisan filling sehingga rata.
7. Taburkan buah-buahan koktel di atas kastard
8. Campurkan air panas ke dalam serbuk agar-agar segera dan tuang di atas permukaan buah-buahan koktel tadi.
9. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biar beberapa ketika sehingga sejuk.
10. Sedia dihidang.

Tips: 
~ Kalo nak nampak cantik, buat dalam bekas yg transparent...baru la nampak lapisan-lapisan dia...yummy~!
~ Sebelum dihidang, boleh jgk tambah whipped cream kat atas triffle tadi

1 comment:

  1. sedapnya tgk..nnt leh try..akak..best ek buku resepi tu?senang x?maria ni dah la tak reti masak..huhu..

    ReplyDelete