[Baking project] Menguli doh menggunakan Kitchenaid

Wednesday, September 14, 2011
dah byk kali ber"project" dengan Kitchenaid ni...tp paling teruja bila dia boleh uli doh dengan senang!
mula2 aku try buat donut...donut resipi ni mmg biasa buat, tp uli pakai tangan...lenguh mak! boleh dpt lebih krg 20 pcs kalo donut conventional ni (yg ada lubang kat tengah)....kalo buat yg ada filling krg skit bilangannya...

Resipi donut Suria
Sumber: Archive, Makanan & Resipi @ Cari Forum

Bahan A
3 cawan tepung
3 sudu besar susu tepung @ coffeemate
2 sudu besar shortening
3 sudu besar gula pasir halus

Bahan B:
200 ml air suam*
2 ½  sudu kecil the instant yeast*

20 ml air - sebagai tambahan jika perlu

Cara-cara:
1. Masukkan Bahan A ke dalam mangkuk mixer. 
2. Bancuh Bahan B dan masukkan ke dalam Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. 
2. Adun bahan menggunakan Speed 2 sehingga doh tidak melekat di mangkuk (sehingga licin dan lembut).
2. Selepas itu, rehatkan doh selama 30 minit dengan menutup mangkuk menggunakan kain lembab.
3. Terap menggunakan donut mould, buat lubang di tengah. Atau jika mahu letak filling, buat bentuk bulat.
4. Perap lagi selama lebih kurang 30 minit atau sehingga doh naik dua kali ganda daripada saiz asal.
5. Goreng dengan api sederhana.
6. Jika nak letak filling, buat lubang menggunakan chopstick dan paipkan filling (kastard, blueberry, chocolate atau strawberry) menggunakan nozzle yg bulat dan panjang. Salutkan dengan gula icing.
7. Untuk frozen, goreng sedikit donut (jangan sampai masak). Biar sejuk dan masukkan ke dalam bekas berpenutup atau plastik yg di "sealed" dan simpan di dalam freezer.



ni rupanya kalo nak frozen...

pastu, try buat bun....dah lama teringin nak buat bun sendiri, so here it goes (yeay tak perlu lah bli breadmaker hahaha)

Bun sosej mini:
Sumber: MyResipi (tapi aku dah ammend sukatan beberapa bahan kat dalam resipi bawah ni)

Bahan-bahan ( 12 biji ):

Bahan A:
·         140ml air suam
·         ½  tsp dry yeast
Bahan B:
·         250g tepung roti
·         2 ½ tbsp susu tepung
·         1 tsp garam
·         50g gula
·         30g mentega
·         ½ biji telur 
  *Bahan di atas boleh dijadikan basic sweet bun, dan boleh variasikan filling/topping bun tu...
Bahan filling:
·         6 btg sosej (bahagi 2=12btg)
·         susu segar @ lebihan telur utk sapu di roti

Cara-cara:

1.    Satukan Bahan A. Kacau rata dan ketepikan.
2.    Masukkan Bahan B ke dalam mixer dan putar pada kelajuan minimum untuk meratakannya.
3.    Masukkan Bahan A sedikit demi sedikit. Putarkan sehingga doh tidak melekat pada mangkuk mixer.
4.    Perap selama 1 jam atau sehingga doh berkembang 2 kali ganda dari saiz asal.
5.    Setelah kembang, tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
6.    Ambil sebiji doh, uli memanjang. Kemudian lilitkan di sekeliling sosej. Penaikkan roti sehingga 2 kali ganda. Boleh juga guna oven- 40C selama 30 minit.
7.    Sapu roti dengan susu segar atau telur. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit. Biarkan dalam oven lebih kurang 5-10 minit selepas dibakar utk kelihatan lebih perang.
8.    Keluarkan roti dari oven dan sejukkan.


   ok settle...pasni aku tempek lagi baking project yg lain hahaha....best pulak hobi baru ni

No comments:

Powered by Blogger.