Tuesday, September 20, 2011

[Resipi] Blueberry tiramisu

Senang bangat buat tiramisu, takyah bakar2 kek, bli saja ladyfingers yg mcm di bawah ni...dalam ni ada 4 bungkus kecil...
aku baru tau buat tiramisu, lepas Izan letak video cara buatnya kat fb hehe...so cari punya cari ladyfingers ni jumpa jgk kat kedai bakery supply kat Kangar...

aku buat version blueberry tiramisu...sbb nak abihkan balance blueberry filling

Blueberry tiramisu (casserole 8" x 5.5")
Bahan-bahan:
  • 2 bungkus kecil ladyfingers
  • 1 cawan air panas (untuk bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe (aku guna Nescafe 3 in 1)
  • 250 ml whipping cream
  • 250 g cream cheese
  • ½ cawan gula halus
  • serbuk koko untuk hiasan
Blueberry syrup: 
150 g blueberry atau strawberry filling
80ml air suam
Cara: Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.

Cara-cara:
1.    Bancuhkan nescafe dengan air panas dan ketepikan.
2.    Satukan whipping cream, cheese dan gula dan pukul adunan sampai kembang dan gebu
3.    Celupkan ladyfingers ke dalam bancuhan nescafe dan susun di dalam casserole atau loyang. 
4.    Tuangkan separuh blueberry syrup ke atas ladyfingers.
5.  Kemudian, sapukan adunan #2.
6.    Susun lagi ladyfingers yang selebihnya dan tuangkan blueberry dan baki adunan #2 sehingga habis.
7.    Tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
8.    Hiaskan dengan serbuk koko sebelum menghidangkannya



comot la pulak setelah dipotong...

No comments:

Post a Comment