Saturday, October 1, 2011

[Resipi] Simple chocolate cupcakes

dah 2 minggu kot tak baking...plan nya arini nak buat bun lagi, tp dah penat...pagi2 td dah pi Kuala Perlis  sbb student aku ada masuk exhibition, tgh ari kenduri kat Kangar pulak

ok ni entry dah basi :P cupcakes yg buat sempena birthday adikku Mira, 11 September lepas...dia bwk pi ofis, terlupa lak nak tanya apa la kata kawan2 dia...

buat caupcakes ni sbb nak try sillicone cupcake liners yg aku bli ni...lama dah bli tp tak pernah try....soo colorful! comel lak...bli kat Daiso, 3 pieces for RM5
cupcakes ni senang ja buat...standard la aku, try resipi yg tak mencabar je hehehe...moist sbb instead of pakai butter, dia pakai corn oil....sedap!

SIMPLE CHOCOLATE CUPCAKES
Sumber: Mak Lang Azie blogspot


Bahan-bahan A :
2 cwn tepung serbaguna/tepung gandum
1 cwn serbuk koko
2 tsp baking powder
2 tsp soda bikarbonate
3 tsp serbuk instant nescafe
Secubit garam halus

Bahan-bahan B :
2 cwn gula castor
1 cwn minyak jagung/minyak masak
1 cwn susu cair
3 biji telur

Bahan C :
3/4 cwn air panas

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk pengadun, campurkan semua bahan A yg telah diayak.
2. Di dalam bekas lain, campurkan semua bahan B dan pukul sebati.
3. Putar bahan A perlahan2 sambil dimasukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil terus memutar. Lajukan putaran sehingga semua sebati.
4. Tuangkan air panas dan putar sebati.
5. Isikan ke dalam paperliners atau souffler. Bakar pada suhu 175 darj celsius selama 20min-25min bergantung kpd oven masing-masing. Jika membakar dlm bentuk sebiji kek, gunakan suhu 160 darj cel selama 60min atau sehingga masak.




3 comments:

  1. sedapnya.... kak pah bakar ka kak pah kukus ni????

    ReplyDelete
  2. ayu, try la buat 1 hehe..sedap tau resipi ni :)

    siti, kak pah bakar...tak brapa suka kek yg kukus...moist sgt hehehe

    ReplyDelete